Friday 10 June 2011

Peranan & Fungsi Jabatan Tenaga Kerja Sabah

Dalam mencapai matlamat jabatan, Jabatan Tenaga Kerja Sabah melaksanakan dua fungsi utama seperti berikut:-

a) Fungsi Pengurusan
b) Fungsi Operasi
            i. Penguatkuasaan Undang-Undang Buruh
            ii. Perkhidmatan Pekerjaan
  

FUNGSI PENGURUSAN
§         Menyelia, mengawasi dan mengawal perjalanan jentera pentadbiran am jabatan;
§         Melatih pegawai dan kakitangan;
§         Menjalankan penyelidikan dan perancangan 


FUNGSI OPERASI
i) Penguatkuasaan Undang-Undang Buruh
  • Melakukan pemeriksaan Statutori ke tempat-tempat pekerjaan untuk menentukan peruntukan-peruntukan undang-undang buruh dipatuhi oleh para majikan dan pekerja.
  • Menyiasat dan menyelesaikan aduan-aduan buruh dan tuntutan pampasan pekerja.
  • Mengawal pengambilan dan penggajian pekerja-pekerja bukan pemastautin melalui pengeluaran Lesen Untuk Menggaji Pekerja Bukan Pemastautin.
  • Menjalankan operasi-operasi penguatkuasaan khas seperti serbuan ke tempat-tempat pekerjaan yang disyaki ada menggaji pekerja-pekerja tanpa izin, bersama dengan jabatan-jabatan atau agensi-agensi penguatkuasaan yang lain.
  • Menjalankan pendakwaan ke atas pihak majikan yang melanggar peruntukan undang-undang buruh
  • Mengawal penggajian kanak-kanak, orang muda dan wanita.
  • Mengendalikan persoalan-persoalan dan rayuan daripada para majikan, pekerja, kesatuan sekerja serta masyarakat umum mengenai hal ehwal perburuhan.
 ii) Perkhidmatan Pekerjaan
  • Pendaftaran dan penempatan pencari-pencari kerja.
  • Bimbingan kerjaya dan khidmat nasihat.
  • Mengendalikan urusan berkaitan mobiliti pekerja tempatan.
  • Mengadakan lawatan kemajuan
  • Memproses permohonan bagi Lesen Agensi Pekerjaan Swasta

1 comment:

  1. saya nak tanya saya yang terpaksa meletak jawatan chef supervisor atas kesalahan sendiri tapi tidak berpuas hati terhadap penganiayaan,pengaturan ,mensabotaj,pengkhianatan oleh majikan(manager) 13/9/19 yang menyebabkan saya melakukan kesilapan kes polis dan terpaksa menanggung,malu,menganggur,tidak mendapat pampasan saya dengan pekerja yang bertelingkahan ,menyebabkan keduadua saya dengan pekerja yang bekerja selama 15 angkara majikan yang cukup sekali punca yang utama adalah majikan saya nak tanya tuan tuan dan puan puan ADAKAH SAYA dengan staff perempuan LAYAK MEMINTA kradilan dan pampasan terima kasih

    ReplyDelete