Friday 10 June 2011

Soalan Lazim - PERKESO

1S) Siapakah yang dikategorikan sebagai pekerja di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969?
J)Pekerja yang dimaksudkan adalah seorang yang diambil bekerja dengan bergaji di bawah satu kontrak perkhidmatan atau kontrak perantisan dengan seorang majikan, sama ada kontrak itu nyata atau disifatkan ada atau dengan lisan atau dengan bertulis, dalam atau berhubung dengan kerja sesuatu perusahaan yang diliputi di bawah Akta.
2S)
Adakah pekerja sementara/pekerja tidak tetap wajib dilindungi oleh PERKESO?
J)Pekerja sementara atau tidak tetap adalah wajib didaftarkan dengan PERKESO.
3S)
Perlukah majikan memaklumkan kepada PERKESO bagi pekerja yang berhenti?
J)Majikan perlu mengisi tarikh pekerja berhenti di dalam borang 8A dan membuat tanda X di ruang-ruang Borang 8A.
 4S) 
Apakah had umur pekerja untuk mencarum?
J)
Semua pekerja yang layak perlu didaftar tanpa mengira berapakah umur mereka. Untuk pekerja yang berumur 55 tahun ke bawah, majikan perlu membayar caruman jenis pertama dan apabila berumur mencapai umur 55 tahun genap, majikan hanya perlu membayar caruman jenis kedua sahaja. Pekerja yang berumur lebih 50 tahun semasa pertama kali masuk kerja di perusahaan yang layak di bawah Akta dan belum pernah mencarum, perlu membayar caruman jenis kedua.
5S)
Adakah penalti dikenakan kepada majikan yang tidak mendaftar/mencarum?
J)Majikan boleh didakwa dan dikenakan tindakan denda sehingga RM10,000 atau dipenjara sehingga 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
6S)
Bagaimanakah menentukan kadar caruman dan cara membayar caruman PERKESO?
J)Kadar caruman pekerja adalah berdasarkan kepada gaji pekerja iaitu termasuk upah, kerja lebih masa, komisen dan caj perkhidmatan, bayaran cuti tahun, sakit, bersalin, rehat, kelepasan am, elaun insentif, elaun shif makan, sara hidup, perumahan dan sebagainya. Semua pembayaran sama ada mengikut jam, harian, mingguan, bulanan, hasil kerja adalah dianggap gaji. Kadar caruman bulanan bagi syer majikan dan syer pekerja adalah seperti ditunjukkan pada Jadual Caruman berdasarkan 34 kategori gaji.
7S)
Di manakah pembayaran caruman boleh dilakukan?
J)Bayaran caruman boleh dilakukan di bank-bank yang telah dilantik seperti Maybank, CIMB, Public Bank, RHB, Pejabat-pejabat Pos (bagi Sabah & Sarawak) dan bank-bank yang dikhaskan bagi kawasan tertentu.
 8S) 
Bagaimanakah perkiraan caruman PERKESO dibuat sekiranya pekerja berhenti pada pertengahan bulan?
J)Majikan hanya perlu membuat pembayaran caruman berdasarkan kepada jumlah gaji pekerja yang dibayar kepada pekerja untuk bulan itu. Contohnya sekiranya pembayaran gaji dilakukan sehingga 15 hb, caruman tersebut juga berdasarkan gaji bagi 15 hari bekerja sahaja.
9S)
Kenapakah Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB) dikenakan kepada majikan?
J)Majikan adalah berliabiliti untuk membayar caruman bulanan tidak lewat dari hari terakhir bulan berikutnya. Contohnya caruman bulan Januari hendaklah dibayar selewat-lewatnya pada 28 Februari. FCLB dikenakan kerana lewat membayar caruman dan kadarnya ialah sebanyak 6 peratus setahun bagi setiap satu hari caruman lambat dibayar. Sekiranya, faedah dikira adalah kurang dari RM5, faedah sebanyak RM5 sebulan adalah dikenakan.
10S)Bagaimanakah cara untuk membayar FCLB?
J)FCLB boleh dibayar di Bank RHB dan Public Bank sahaja dengan mengemukakan notis surat FCLB kepada bank untuk dicop tarikh terima dan nyatakan nombor akaun PERKESO untuk pembayaran. Majikan tidak perlu mengisi slip bank. Pembayaran cek bagi setiap satu bulan FCLB hendaklah diasingkan.
11S)Bagaimanakah melaporkan kemalangan dan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan?
J)Majikan hendaklah melaporkan kepada PERKESO dengan mengisi Laporan Kemalangan (Borang 21) dan kemukakan bersama Borang Tuntutan (Borang 10), kad perakam waktu atau rekod kedatangan, sijil cuti sakit dan salinan kad pengenalan kepada Pejabat PERKESO berkenaan untuk kemalangan semasa di tempat kerja. Jikalau kemalangan berlaku semasa ke tempat kerja atau balik kerja, perlu disertakan laporan polis dan peta lakar yang menunjukkan arah perjalanan yang dilalui pekerja semasa kemalangan.
12S)Adakah PERKESO tanggung kos rawatan perubatan ? Di manakah boleh perolehi rawatan?
J)Seseorang pekerja yang ditimpa kemalangan berkaitan pekerjaan, perjalanan atau menghidap penyakit khidmat layak menerima rawatan perubatan percuma di klinik panel PERKESO atau klinik/hospital kerajaan. Pekerja dikehendaki membawa Borang Laporan Kemalangan (Borang 21) atau Borang Laporan Penyakit Khidmat (Borang PKS 68 atau PKS 69) atau surat pengenalan daripada majikan semasa mendapatkan rawatan.
13S)Dalam keadaan manakah Elaun Layanan Sentiasa dibayar?
J)Elaun ini dibayar kepada pekerja yang mengalami hilangupaya langsung yang kekal iaitu hilangupaya mencari nafkah 100% atau menghidap keilatan dan disahkan sentiasa memerlukan layanan dari orang lain oleh Jemaah Doktor atau Jemaah Doktor Rayuan. Kadar elaun ialah 40% daripada kadar faedah hilangupaya langsung yang kekal tertakluk kepada bayaran maksimum sebanyak RM500 sebulan. Bayaran dibuat terus kepada penerima faedah.
9S)Kenapakah Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB) dikenakan kepada majikan?
J)Majikan adalah berliabiliti untuk membayar caruman bulanan tidak lewat dari hari terakhir bulan berikutnya. Contohnya caruman bulan Januari hendaklah dibayar selewat-lewatnya pada 28 Februari. FCLB dikenakan kerana lewat membayar caruman dan kadarnya ialah sebanyak 6 peratus setahun bagi setiap satu hari caruman lambat dibayar. Sekiranya, faedah dikira adalah kurang dari RM5, faedah sebanyak RM5 sebulan adalah dikenakan.
10S)Bagaimanakah cara untuk membayar FCLB?
J)FCLB boleh dibayar di Bank RHB dan Public Bank sahaja dengan mengemukakan notis surat FCLB kepada bank untuk dicop tarikh terima dan nyatakan nombor akaun PERKESO untuk pembayaran. Majikan tidak perlu mengisi slip bank. Pembayaran cek bagi setiap satu bulan FCLB hendaklah diasingkan.
11S)Bagaimanakah melaporkan kemalangan dan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan?
J)Majikan hendaklah melaporkan kepada PERKESO dengan mengisi Laporan Kemalangan (Borang 21) dan kemukakan bersama Borang Tuntutan (Borang 10), kad perakam waktu atau rekod kedatangan, sijil cuti sakit dan salinan kad pengenalan kepada Pejabat PERKESO berkenaan untuk kemalangan semasa di tempat kerja. Jikalau kemalangan berlaku semasa ke tempat kerja atau balik kerja, perlu disertakan laporan polis dan peta lakar yang menunjukkan arah perjalanan yang dilalui pekerja semasa kemalangan.
12S)Adakah PERKESO tanggung kos rawatan perubatan ? Di manakah boleh perolehi rawatan?
J)Seseorang pekerja yang ditimpa kemalangan berkaitan pekerjaan, perjalanan atau menghidap penyakit khidmat layak menerima rawatan perubatan percuma di klinik panel PERKESO atau klinik/hospital kerajaan. Pekerja dikehendaki membawa Borang Laporan Kemalangan (Borang 21) atau Borang Laporan Penyakit Khidmat (Borang PKS 68 atau PKS 69) atau surat pengenalan daripada majikan semasa mendapatkan rawatan.
13S)Dalam keadaan manakah Elaun Layanan Sentiasa dibayar?
J)Elaun ini dibayar kepada pekerja yang mengalami hilangupaya langsung yang kekal iaitu hilangupaya mencari nafkah 100% atau menghidap keilatan dan disahkan sentiasa memerlukan layanan dari orang lain oleh Jemaah Doktor atau Jemaah Doktor Rayuan. Kadar elaun ialah 40% daripada kadar faedah hilangupaya langsung yang kekal tertakluk kepada bayaran maksimum sebanyak RM500 sebulan. Bayaran dibuat terus kepada penerima faedah.

LESEN PENGGAJIAN PEKERJA BUKAN PEMASTAUTIN

Pengenalan
  Penggajian para pekerja bukan pemastautin di Sabah adalah tertaluk kepada peruntukan di bawah seksyen 118, Ordinan Buruh (Sabah Bab. 67) Para majikan di negeri ini adalah dikehendaki untuk memohon bagi medapatkan Lesen Untuk Menggaji Pekerja Bukan Pemastautin daripada Pengarah Tenaga Kerja Sabah sepertimana yang terkandung di dalam petikan seksyen berikut:
"Section 118, No person shall knowingly employ any immigrant worker unless he has obtained a licence from the Director to do so in such form and subject to such conditions as may be prescribed.."
Kesesuaian seseorang majikan merupakan kriteria utama yang perlu dikenalpasti dalam mempertimbangkan dan meluluskan permohonan Lesen Untuk Menggaji Pekerja Bukan Pemastautin.
   
(2) Ciri-Ciri Seseorang Majikan Yang Sesuai
 a.Operasi perniagaan yang diceburi oleh pemohon (majikan) hendaklah sah disisi undang-undang negara dan mempunyai latarbelakang kewangan yang kukuh;
 b.Pemohon (majikan) berkenaan tidak ada melakukan sebarang kesalahan yang bersabit daripada perlanggaran ke atas mana-mana peruntukan undang-undang buruh serta perundangan-perundangan lain yang berkaitan;
 c.Pemohon (majikan) berkenaan hendaklah melindungi semua pekerja bukan pemastautin dalam penggajiannya di bawah Skim Insurans Pampasan Pekerja sepertimana yang termaktub di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952;
 d.Perkhidmatan para pekerja bukan pemastautin yang akan digaji hendaklah benar-benar diperlukan oleh pemohon (majikan) berkenaan;
 e.Kadar gaji yang ditawarkan kepada para pekerja bukan pemastautin hendaklah sama seperti kadar gaji yang dibayar kepda para pekerja warganegara tempatan.
   
(3) Kategori pekerjaan dan sektor ekonomi yang dibenarkan.
 i.Perkhidmatan Pembantu Rumah.
 ii.Buruh Am Disektor:-
  o Perladangan
o Pertanian
o Penternakan
o Perikanan
o Perkilangan/Pembuatan berorentasikan eksport
o Pembinaaan
   
(4) Kewarganegaraan Pekerja Asing Yang Dibenarkan
  • Warganegara Indonesia
• Warganegara Filipina
   
(5) Tempoh Lesen Untuk Menggaji Pekerja Bukan Pemastautin
  Sah bagi tempoh satu (1) tahun sahaja dan lanjutan bagi tempoh setahun ke setahun berikutnya.
   
(6) Kontrak Pekerjaan Untuk Pekerja Bukan Pemastautin
  Setiap pekerja bukan pemastautin yang digaji hendaklah menandatangani kontrak pekerjaan dengan majikannya untuk tempoh satu tahun yang mana boleh dilanjutkan bagi tempoh setahun ke tahun berikutnya.
   
(7) Perlindungan Di Bawah Skim Insuran Yang Diluluskan
  Setiap majikan hendaklah melindungi setiap pekerja bukan pemastautin (kecuali pekerja-pekerja imigran yang digaji sebagai pembantu rumah) di bawah Skim Insurans Pampasan Pekerja di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952.
   
(8) Syarat Tambahan Permohonan Lesen Untuk Menggaji Pembantu Rumah
 a)Umur pembantu rumah mestilah tidak kurang daripada 18 tahun bagi warganegara Indonesia dan tidak kurang 25 tahun bagi warganegara Filipina;
 b) Pemohon mestilah seorang isteri;
 c)Pemohon mestilah mempunyai pendapatan atau gaji terkumpul seperti berikut untuk menggaji:-
  o Warganegara Indonesia : RM1,500.00 sebulan; manakala bagi
o Warganegara Filipina : RM3,000.00 sebulan.
   
(9) Borang-Borang Permohonan Untuk Urusan Permohonan Lesen
 a)Borang JTK/PPA/1/04
  (Untuk Permohonan Baru, Pembaharuan Lesen, Penggajian Pembantu Rumah, Permohonan Bagi Pertukaran Tempat Kerja dan Tambahan Pekerja)
 b)Lampiran JTK/PPA/4/04
  Butir-Butir Pekerja-Pekerja Bukan Pemastautin Yang akan Digaji
 c)Borang JTK/PPA/5 Pin.1/04
  (Untuk Permohonan Bagi Mendapatkan Salinan Lesen Untuk Menggaji Pekerja bukan pemastautin)
 d)Format Kontrak Pekerjaan
   
(10) Penalti-Penalti Di Bawah Perundangan-Perundangan
 a) Buruh Ordinan Buruh (Sabah bab 67) (Seksyen 120)
  Memperuntukkan denda tidak melebihi Rm 10,000.00 atau hukuman penjara tidak melebihi 6 bulan bagi kesalahan menggaji pekerja bukan pemastautin tanpa mendapatkan Lesen Untuk Menggaji Pekerja Bukan Pemastautin
 b)Akta Pampasan Pekerja 1952 (Seksyen 26)
  Memperuntukan denda tidak melebihi Rm 20,000.00 atau hukuman penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali atas kegagalan pihak majikan melindungi pekerja asing dalam penggajiannya Di bawah Skim Insuran Pampasan Pekerja Asing Yang Diluluskan di bawah Akta Pampasan Pekerja, 1952.
   
   
(11) Senarai semak permohonan Lesen Untuk Menggaji Pekerja Bukan Pemastautin.
 a)Pembantu Rumah
  Permohonan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-
  i) Umur pekerja mestilah tidak kurang daripada 18 tahun bagi pembantu rumah warganegara Indonesia dan tidak kurang 25 tahun bagi Filipina.
ii) Pemohon mestilah seorang isteri;
iii) Pemohon mestilah mempunyai pendapatan terkumpul bagi sebulan seperti berikut:-
      a. Pembantu rumah warganegara Indonesia - Rm 1, 500.00 sebulan.
      b. Pembantu rumah warganegara filipina - Rm 3, 000.00 sebulan.
iv) Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan dalam Borang JTK/PPA/1/04 dan sertakan dokumen-dokumen berikut:-
    • Salinan Kad Pengenalan / Passport Pemohon
    • Salinan slip gaji/borang J Cukai Pendapatan terbaru pemohon (Suami & Isteri) .
    • Salinan sijil perkahwinan pemohon.
 b)Buruh Am - Permohonan Baru atau Tambahan Pekerja
  Permohonan lesen ini tertakluk kepada kelulusan kuota oleh Jawatankuasa Pengendalian Buruh Asing bagi negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
  (1) Pemohon hendaklah menggunakan borang-borang :-
     • Borang JTK/PPA/1/04
       (Untuk Permohonan Baru, Tambahan Pekerja dan Permohonan Bagi Pertukaran Tempat  Kerja).
     • Lampiran JTK/PPA/4/04
     • Butir-Butir Pekerja-Pekerja Imigran Yang akan Digaji
(2) Setiap permohonan hendaklah disertakan dokumen-dokumen berikut:-
     • Salinan kad Pengenalan / passsport pemohon
     • Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat ( Borang 9, 24 dan 49 )
     • Salinan Lesen Perniagaan ( Bagi Syarikat )
     • Salinan Geran Tanah ( Bagi sektor Pertanian )
     • Salinan Penyata Cukai Pendapatan pemohon terkini
     • Salinan Polisi Insurans Pampasan Pekerja ( bagi permohonan tambahan pekerja )
     • Salinan Lesen untuk menggaji pekerja imigran (bagi permohonan tambahan pekerja )
     • Lesen merekut pekerja (jika ada)
     • Contoh surat perlantikan / kontrak pekerjaan pekerja
(3)  Setiap permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan dalam 5 salinan ke alamat ini:-
       Urusetia,
       Jawatankuasa Pengendalian Buruh Asing,
       Jabatan Imigresen Malaysia,
       Cawangan Sabah,
       Tingkat 4-6, Wisma Dang Bandang,
       Jalan Tengku Abdul Rahman,
       88550 Kota Kinabalu.
 c) Pembaharuan Lesen
  Pemohon hendaklah mengemukakan borang permohonan Borang JTK/PPA/1/04 dan hendaklah menyertakan dokumen-dokumen berikut:-
(1)  Salinan Lesen menggaji pekerja bukan Pemastautin yang lama
(2)  Salinan Polisi Pampasan Pekerja ( Untuk Buruh Am sahaja )
(3)  Salinan Lesen Perniagaan.
(4)  Salinan Contoh Kontrak Pekerjaan
(5)  Salinan Slip Gaji / Penyata Cukai Pendapatan ( Borang J ) terbaru bagi pemohon pembantu rumah.
   
   

Peranan & Fungsi Jabatan Tenaga Kerja Sabah

Dalam mencapai matlamat jabatan, Jabatan Tenaga Kerja Sabah melaksanakan dua fungsi utama seperti berikut:-

a) Fungsi Pengurusan
b) Fungsi Operasi
            i. Penguatkuasaan Undang-Undang Buruh
            ii. Perkhidmatan Pekerjaan
  

FUNGSI PENGURUSAN
§         Menyelia, mengawasi dan mengawal perjalanan jentera pentadbiran am jabatan;
§         Melatih pegawai dan kakitangan;
§         Menjalankan penyelidikan dan perancangan 


FUNGSI OPERASI
i) Penguatkuasaan Undang-Undang Buruh
  • Melakukan pemeriksaan Statutori ke tempat-tempat pekerjaan untuk menentukan peruntukan-peruntukan undang-undang buruh dipatuhi oleh para majikan dan pekerja.
  • Menyiasat dan menyelesaikan aduan-aduan buruh dan tuntutan pampasan pekerja.
  • Mengawal pengambilan dan penggajian pekerja-pekerja bukan pemastautin melalui pengeluaran Lesen Untuk Menggaji Pekerja Bukan Pemastautin.
  • Menjalankan operasi-operasi penguatkuasaan khas seperti serbuan ke tempat-tempat pekerjaan yang disyaki ada menggaji pekerja-pekerja tanpa izin, bersama dengan jabatan-jabatan atau agensi-agensi penguatkuasaan yang lain.
  • Menjalankan pendakwaan ke atas pihak majikan yang melanggar peruntukan undang-undang buruh
  • Mengawal penggajian kanak-kanak, orang muda dan wanita.
  • Mengendalikan persoalan-persoalan dan rayuan daripada para majikan, pekerja, kesatuan sekerja serta masyarakat umum mengenai hal ehwal perburuhan.
 ii) Perkhidmatan Pekerjaan
  • Pendaftaran dan penempatan pencari-pencari kerja.
  • Bimbingan kerjaya dan khidmat nasihat.
  • Mengendalikan urusan berkaitan mobiliti pekerja tempatan.
  • Mengadakan lawatan kemajuan
  • Memproses permohonan bagi Lesen Agensi Pekerjaan Swasta

SENARAI BORANG PERMOHONAN PERMIT

  1. Bayaran Gaji Lewat Dibawah Seksyen 108(1) Ordinan Buruh (Sabah Bab 67)
  2. Pendahuluan Gaji Dibawah Seksyen 102(1) Ordinan Buruh (Sabah Bab 67)
  3. Potongan Daripada Gaji Pekerja Di bawah Seksyen 113(4) Ordinan Buruh (Sabah Bab 67)
    1. Bagi Permohonan Potongan skim Insurans
    2. Bagi Permohonan Potongan Yuran Kelab / Reakreasi
    3. Bagi Permohonan Potongan Bayaran Pengurusan Passport Pekerja Asing
    4. Bagi Permohonan Potongan Pembelian Saham Majikan
    5. Bagi Permohonan Potongan Untuk Kemudahan / Perkhidmatan / Letrik / Air
    6. Bagi Permohonan Potongan Bayaran Perubatan
    7. Bagi Permohonan Pinjaman Perumahan/ Kenderaan/Komputer/ Pelajaran/Peribadi dll. yang dikenakan faedah
    8. Bagi Permohonan Potongan Skim Kebajikan / Simpanan / Tabungan / Pencen Pekerja
    9. Bagi Permohonan Potongan Untuk Pembelian Barang Keluaran Majikan
    10. Bagi Permohonan Lain-Lain jenis Potongan
  4. Pengecualian Wanita Kerja Malam Di bawah Seksyen 75 Ordinan Buruh (Sabah Bab 67)
  5. Sekatan Kerja Lebih Masa Di bawah Seksyen 104(7) Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) 
  6. Kelonggaran Waktu Kerja Di bawah Seksyen 104(2) Ordinan Buruh Sabah
  7. Mengumpul Cuti Rehat Mingguan Di bawah Seksyen 104b(3) Ordinan Buruh (Sabah Bab 67)
  8. Menyimpan daftar pekerja dalam cara lain
  9. Menyimpan daftar pekerja di ibu pejabat
  10. Orang Muda Perempuan Bekerja Di Kelab Bukan Milik Keluarga Dibawah Seksyen 72 Ordinan Buruh (Sabah Bab 67)
  11. Lesen Untuk Mengambil Bahagian Dalam Hiburan Awam dibawah Seksyen 73D Ordinan Buruh (Sabah Bab 67)

Ordinan Buruh (Sabah Bab. 67) Pindaan 2005 - Siri 1

1) Had Waktu Bekerja
  Apakah had waktu bekerja bagi seorang pekerja di bawah Ordinan Buruh (Sabah Bab 67)?
  Seorang pekerja diperuntukan tempoh waktu bekerja tidak melebihi 8 jam sehari. Bagi seorang pekerja syif, tempoh waktu bekerja adalah tidak melebihi 12 jam sehari atau tidak melebihi 56 jam dalam satu minggu dengan purata 48 jam seminggu bagi tiga minggu berturut-turut. 
   
2) Faedah-Faedah Utama
  Apakah faedah-faedah utama yang diperuntukan di bawah Ordinan Buruh (Sabah Bab. 67)?
  Faedah-faedah utama yang diperuntukan ialah :
i)  Hari Rehat:
Seorang pekerja diperuntukan satu hari rehat dalam seminggu. Sekiranya dia dikehendaki bekerja oleh majikannya pada hari rehatnya, dia berhak menerima bayaran gaji atas kadar seperti berikut:
   
 a.Pekerja bergaji harian atau mengikut jam:
• Jika bekerja tidak melebihi 4 jam maka pekerja tersebut layak untuk mendapat bayaran  satu hari gaji.
• Jika bekerja melebihi 4 jam tetapi tidak melebihi 8 jam maka pekerja tersebut layak mendapat bayaran dua hari gaji
   
 b.Pekerja Bergaji Bulan:
• Jika bekerja tidak melebihi 4 jam maka pekerja tersebut layak untuk mendapat bayaran setengah hari gaji.
• Jika bekerja melebihi 4 jam tetapi tidak melebihi 8 jam maka pekerja tersebut layak mendapat bayaran satu hari gaji
 c.Bayaran Cara 'Piece Rate':
Pekerja layak untuk mendapat bayaran 2 kali ganda daripada kadar 'per piece'
 d. Kerja lebih masa Pada hari rehat:Pekerja layak untuk menuntut 2 kali ganda kadar gaji biasa sejam
   
ii)  Cuti Umum yang ditetapkan (Prescribed Holidays) :
  Ordinan tersebut menetapkan empat belas (14) hari cuti bergaji penuh (paid prescribed holidays) yang mana empat (4) daripadanya ditetapkan seperti berikut:
 a.
b.
c.
d.
Hari Kebangsaan;
Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong;
Hari Keputeraan Yang Dipertua Negeri Sabah';
Hari Pekerja 
   
iii) Faedah Bersalin:
  Pekerja wanita layak mendapat cuti bersalin selama 60 hari. Cuti bersalin tersebut boleh diambil samada 30 hari sebelum bersalin atau mengambil keseluruhan 60 hari sekali gus selepas bersalin dengan syarat tidak melebihi 30 hari sebelum bersalin
   
3) Kewajipan Majikan Memberi Pekerjaan
i) Adakah saya berhak menuntut gaji dalam tempoh menunggu bilamana saya tidak diberi sebarang pekerjaan oleh majikan saya sedangkan saya bersedia dan sesuai untuk melakukan pekerjaan ?
  Anda berhak menuntut bayaran bagi tempoh berkenaan sekiranya anda hadir bekerja di tempat kerja anda. Sekyen 10, Ordinan Buruh (Sabah bab. 67) melindungi anda dengan meletakkan tanggungjawap terhadap majikan anda untuk memberikan anda pekerjaan bagi tempoh 6 hari dalam seminggu. Jika majikan anda gagal atau tidak memberi pekerjaan bagi hari-hari berkenaan sedangkan anda bersedia dan sesuai bekerja maka, majikan anda tidak terkecuali daripada kewajipannya membayar gaji biasa anda setiap hari tersebut bilamana pekerjaan tidak di beri kepada anda bukan atas kesalahan anda.
   
ii) Apakah harus saya lakukan sekiranya kemalangan terjadi keatas diri saya semasa saya berada dalam pekerjaan ?
  Selaras dengan Sekyen 12, Akta Pampasan Pekerja, 1952 anda hendaklah memberitahu majikan anda dalam tempoh 7 hari dari tarikh kejadian kemalangan yang mencederakan serta menyebabkan anda kehilangan daya upaya untuk bekerja.
iii) Sebagai seorang majikan apakah harus saya lakukan bilamana sesuatu kemalangan terjadi terhadap seseorang pekerja saya semasa dalam pekerjaan ?
  Menurut peruntukan Akta Pampasan Pekerja 1952, anda adalah dikehendaki menghantar pekerja yang cedera kerana ditimpa kemalangan itu dengan segera untuk mendapatkan rawatan di despensari atau hospital kerajaan yang berdekatan. Selain dari itu, anda juga dikehendaki melaporkan kemalangan tersebut dalam tempoh 10 hari daripada tarikh kemalangan itu berlaku ke Jabatan Tenaga Kerja.
   
4) Notis Penamatan Kerja (Seksyen 11)
i) Berapakah tempoh notis yang dikehendaki bagi menamatkan sesuatu pekerjaan?
  Tempoh notis untuk menamatkan sesuatu pekerjaan adalah bergantung kepada tempoh penggajian:
  (a) 4 minggu untuk penggajian kurang 2 tahun
(b) 6 minggu untuk penggajian 2 tahun atau lebih tetapi kurang daripada 5 tahun
(c) 8 minggu untuk penggajian 5 tahun atau lebih.
   
5) Penggajian Pekerja Bukan Pemastautin (seksyen 118).
i) Apakah tanggungjawab seorang majikan yang ingin menggaji pekerja bukan pemastautin?
  
Seorang majikan adalah dikehendaki memohon untuk mendapat Lesen Menggaji Pekerja Bukan Pemastautin menurut Seksyen 118, Ordinan tersebut jika dia ingin menggaji pekerja bukan pemastautin.
Anda perlu memohon dengan menggunakan Borang Permohonan yang boleh didapati daripada mana-mana Pejabat Imigresen (Urusetia Jawatankuasa Pengendalian Buruh Asing bagi Sabah dan W.P.Labuan) di Sabah dan mengemukakan permohonan anda berserta salinan dokumen-dokumen berikut:
 i)
ii)
iii)
iv)
v)
vi)
Kad Pengenalan.
Lesen Perniagaan
Geran Tanah
Dokumen berkaitan dengan aktiviti penggajian.
Penyata gaji.
Cukai pendapatan (untuk permohonan mendapatkan pembantu rumah sahaja).
   
6) Had Umur Bekerja
i) Apakah had umur untuk bekerja yang dibenarkan di bawah perundangan buruh ?
  Seorang majikan adalah dilarang daripada menggaji seorang pekerja kanak-kanak di bawah umur 14 tahun di dalam sektor pembuatan, pembinaan, pengangkutan, perlombongan atau tempat-tempat lain seperti restoran, kedai kopi, bar, hotel atau pejabat selaras dengan Perintah Penggajian Kanak-Kanak,1959, di bawah Ordinan Buruh (Sabah Bab.67).

Majikan di Sabah diingatkan hari ini cuti bergaji

KOTA KINABALU: Para majikan di Sabah diingatkan bahawa hari ini (Jumaat) adalah juga merupakan hari cuti bergaji bagi para pekerja di negeri ini di bawah peruntukan Ordinan Buruh (Sabah Bab 67).
Satu kenyataan dari Jabatan Tenaga Kerja Sabah berkata majikan yang menghendaki pekerja mereka berkerja hari ini perlu dibayar di bawah peruntukan Ordinan buruh itu.
Pekerja mereka berhak mendapat bayaran gaji atas kadar tidak kurang daripada tiga kali ganda kadar gaji biasa mereka.
“Jika mereka bekerja lebih masa, mereka berhak dibayar tidak kurang daripada tiga (3) kali ganda kadar biasa mereka,” katanya.
Kenyataan itu berkata jika mereka tidak dikehendaki bekerja pada hari tersebut, mereka adalah berhak mendapat bayaran gaji atas kadar biasa.
Katanya, kegagalan membayar gaji mengikut peruntukan undang-undang seperti yang ditetapkan adalah satu kesalahan di bawah peruntukan Ordinan Buruh itu dan majikan bolah didakwa dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000.
Pada Malam Khamis, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 31 Dis (hari ini) sebagai cuti umum sempena kejayaan skuad bola sepak negara menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 selepas menumpaskan Indonesia dengan agregat 4-2, menamatkan penantian selama 14 tahun.

Majikan segera lunas gaji tertunggak, kata pengawal keselamatan

  • SEORANG pengawal keselamatan yang bertugas di sebuah sekolah menengah di daerah Kota Marudu menggesa agar majikannya segera melunaskan wang gaji yang tertunggak sejak bulan Januari lagi.
Pengadu berkenaan mendakwa, dia dan tujuh lagi rakan sekerjanya membuat keputusan untuk mendedahkan masalah ini kepada ActionLine kerana majikan mereka Perisai Bernas Sdn. Bhd. enggan bekerjasama dalam soal pembayaran gaji yang menjadi hak utama setiap pekerja di mana agensi sekalipun.
“Apabila saya bertanyakan soal gaji kepada majikan saya, dia dengan kasar menjawab ‘kalau tidak mahu kerja boleh berhenti bila-bila masa’. Majikan seperti ini adalah majikan yang tidak berhati perut kerana kami bekerja untuk menyara kehidupan sendiri serta keluarga.”
“Saya bekerja selama 12 jam sehari dan perlu pula menyediakan wang tambang untuk ke tempat kerja. Jika kerja tidak bergaji, penat lelah saya sia-sia sahaja dan di mana pula saya boleh mendapatkan wang perbelanjaan? Majikan ada menyediakan wang pinjaman untuk pekerja tetapi bukan itu yang kami mahu,” tambahnya.
Oleh itu, pengadu memohon agar jabatan yang berkenaan dapat membantu mereka menyelesaikan masalah tersebut. “Majikan saya bukan sahaja gagal membayar gaji pekerja tetapi juga enggan mengeluarkan surat pelantikan kepada tujuh lagi pekerjanya yang lain,” ujar pengadu sambil menambah yang dia juga mempunyai bukti mengenai aduan tersebut.

Hospital kelam-kabut

KOTA BHARU 17 Mac - Pekarangan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) kelam-kabut sejak dua hari lalu apabila 105 orang pengawal keselamatan yang bertugas di hospital itu melancarkan mogok.
Mogok itu dipercayai dilancarkan sebagai tanda meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan pengurusan syarikat sekuriti yang didakwa lambat membayar gaji pengawal keselamatan terbabit.
Salah seorang pengawal keselamatan syarikat berkenaan yang enggan mendedahkan identitinya berkata, ini merupakan kali kedua pihak syarikat berbuat demikian.
"Sebelum ini syarikat berjanji untuk membayar gaji pada setiap 7 hari bulan tetapi sampai sekarang gaji tidak ada.
"Saya dan rakan-rakan telah membuat aduan di pejabat syarikat negeri dan pengurusan jawab, gaji akan masuk, tapi tak tahu bila, semua bergantung kepada ibu pejabat di Kuala Lumpur," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.
Tinjauan Utusan Malaysia di hospital terbabit mendapati keadaan lalu lintas dikawal sepenuhnya oleh anggota polis dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).
Beberapa pengawal keselamatan di hospital terbabit hanya 'memeluk tubuh' memerhatikan keadaan sekeliling tanpa berbuat apa-apa.
Sementara itu, Pengarah HRPZ II, Dr. Ghazali Md. Hassan ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah dimaklumkan berkenaan perkara berkenaan.
Katanya, pihak hospital telah mengambil tindakan tegas terhadap syarikat berkenaan dengan menamatkan kontrak serta-merta.
Tambahnya, dalam masa seminggu ini pihaknya akan mencari syarikat baru yang berwibawa untuk mengambil tugas tersebut.
"Alhamdulillah, masalah ini dapat diatasi apabila kita mendapat kerjasama daripada pasukan Rela dan polis membantu masalah ini.
"Orang ramai diminta tidak panik dengan keadaan semasa. Setakat ini keadaan masih terkawal dan tidak berlaku perkara yang tidak diingini," katanya.

Gaji pengawal: Harga tawaran kontrak perlu dinaikkan

KUALA LUMPUR 3 Mei - Harga tawaran kontrak kepada syarikat perkhidmatan kawalan keselamatan perlu dinaikkan antara 67 hingga 75 peratus jika kerajaan tetap menguatkuasakan kenaikan gaji minimum pengawal keselamatan Julai ini.
Pengerusi Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM), Datuk Shaheen Mirza Habib berkata, langkah itu perlu bagi menampung bayaran gaji yang tinggi terhadap lebih 150,000 pengawal keselamatan yang berdaftar di bawah 500 syarikat keselamatan.
"Jika tidak, saya khuatir 50 peratus daripada 500 syarikat kawalan keselamatan akan gulung tikar sekiranya harga kontrak masih di tahap yang sama.
"Pihak kami adalah syarikat swasta dan pendapatan serta keuntungan hanya bergantung kepada kontrak yang ditawarkan oleh mana-mana agensi yang memerlukan perkhidmatan kami," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia disini hari ini.
Semalam, Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, keputusan sama ada mengekal atau menangguhkan kadar kenaikan gaji baru pengawal keselamatan yang dijadualkan berkuatkuasa 1 Julai ini akan diputuskan minggu depan.
Beliau berkata, keputusan itu akan diambil selepas kementerian menimbangkan permintaan PPKKM yang mahu berunding terlebih dahulu dengan pelanggan mereka.
Sementara itu Shaheen berkata, kemungkinan 50,000 hingga 60,000 pengawal keselamatan yang rata-ratanya penduduk tempatan akan kehilangan pekerjaan sekiranya permintaan pihaknya tidak diluluskan kementerian.
Beliau berkata, dalam hal ini pihak persatuan memang menyambut baik cadangan kerajaan menaikkan gaji pengawal keselamatan dalam usaha mewujudkan rakyat yang berpendapatan tinggi.
"Kira-kira 50 peratus pelanggan kami adalah sektor awam dan sehingga hari ini kerajaan masih tidak mengumumkan penambahan bajet bagi menampung kos operasi kawalan keselamatan.
"Jika kerajaan tidak berbuat demikian, sektor swasta juga tidak akan melakukannya. Jadi mustahil bagi syarikat kawalan keselamatan untuk bertahan sementara menunggu pelanggan mereka bersedia menaikkan bajet masing-masing," jelasnya.
Beliau berkata, PPKKM menjangkakan situasi semakin buruk jika sektor swasta beralih semula kepada sistem 'jaga' yang kos gajinya jauh lebih murah kerana melibatkan pekerja asing.
"Sistem jaga tidak terlibat dalam proses kenaikan gaji ini dan tiada akta yang melarang sektor swasta untuk menggunakan sistem ini untuk menggantikan perkhidmatan kawalan keselamatan.
"Jika perkara ini tidak dikaji semula, tidak mustahil selepas ini pekerja asing akan mengambil alih kawalan keselamatan dan masalah lambakan pekerja asing menjadi semakin parah," tegasnya.
Menurutnya, tarikh 1 Januari 2011 yang dipilih persatuan untuk memulakan proses kenaikan gaji pengawal keselamatan merupakan cara terbaik untuk menyelesaikan masalah ini.
"Proses rundingan semula dengan pelanggan terutamanya sektor swasta bagi menentukan kadar baru memerlukan tempoh sehingga enam bulan untuk diselesaikan," katanya.

Pemilik syarikat dalam dilema

SAYA ingin menyentuh mengenai isu pengawal keselamatan, khususnya isu 'orang tempatan', 'orang luar' dan 'kenaikan gaji'.
Banyak telah diperkatakan dari dahulu lagi oleh pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN), Menteri Sumber Manusia, Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM), Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan juga ahli-ahli politik tanah air mengenai perkara ini.
Saya selaku pengerusi eksekutif sebuah syarikat kawalan keselamatan yang telah beroperasi sejak tahun 1995 hingga sekarang, ingin meluahkan apa yang tersurat dan tersirat selama ini.
Pihak-pihak yang tersebut di atas masing-masing tidak membuat penyelidikan menyeluruh dan terus membuat perisytiharaan perkara-perkara yang banyak implikasinya yang tidak semudah seperti yang diputuskan.
Dari peringkat awal lagi pihak KDN telah berusaha memanggil wakil daripada syarikat kawalan keselamatan melalui PPKKM untuk berbincang, berunding serta menentukan hala tuju industri kawalan keselamatan Malaysia. Namun banyak perkara yang tidak diambil kira tetapi telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
Kemungkinan mereka yang duduk dalam perundingan tersebut di antaranya terdiri daripada syarikat-syarikat yang mempunyai rekod kurang baik seperti laporan audit yang telah didedahkan oleh KDN pada malam 28 April 2010 di Dewan Gemilang Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya. Oleh kerana itu, mereka tidak berani bercakap lebih-lebih di hadapan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri.
Pertama sekali mengenai tenaga asing (Gurkha, Nepal). Pihak KDN telah memberitahu bahawa ada lebih sejuta ahli Rela dan juga Polis Sukarela di seluruh negara yang sedia dibekalkan kepada syarikat kawalan keselamatan yang memerlukan pekerja terlatih.
Saya telah menghantar surat ke beberapa pejabat Rela di Selangor sejak awal bulan Mac 2010 namun tiada jawapan hinggalah pada penghujung bulan April 2010. Kami dijemput oleh satu pejabat Rela Wilayah Persekutuan untuk memberi taklimat mengenai syarikat kami yang memerlukan pekerja. Yang hadir pada malam tersebut lebih daripada 150 ahli Rela.
Hasilnya tidak seorang pun yang tampil. Ada dua ahli Rela yang datang ke pejabat kami, selepas itu tidak muncul. Gaji yang ditawarkan lebih daripada yang diberi kepada pengawal kami yang sedia ada.
Soalnya, apa jawapan yang boleh menentukan kami dapat terus memenuhi permintaan pelanggan kami? Sebagaimana yang saya cadangkan pada perjumpaan 28 April tersebut, untuk sementara waktu berilah kelonggaran kepada kami yang memerlukan segera pekerja yang mudah kami dapat seperti pekerja bekas tentera Nepal (Gurkha).
Mengenai gaji RM1,100 hingga RM1,450 seperti yang saya sebutkan di perjumpaan tempoh hari, pihak syarikat kawalan keselamatan tidak ada masalah untuk membayar pekerja RM2,000 atau RM3,000 sebulan. Tetapi sanggupkah pelanggan kami membayar seperti yang diperlukan oleh kita dan kerajaan?
Mungkin pihak kerajaan tiada masalah memperuntukkan kadar sehingga RM11 sejam. Insya-Allah saya sanggup membayar pekerja saya hingga RM2,000 sebulan. Siapa pula yang hendak menetapkan supaya pelanggan kami daripada syarikat swasta melakukan perkara yang sama? Tolong selesaikan masalah ini serentak.
Adakah pihak PPKKM menghantar surat pekeliling kepada syarikat yang memerlukan pekerja Rela? Jika kami katakan bahawa kami tidak dapat seorang pun ahli Rela memohon dan terus menerima tawaran kami, apakah tindakan seterusnya oleh Presiden PPKKM?
Pada perjumpaan 28 April itu Pengarah Rela ada menyebut, bukan semua ahli Rela yang memerlukan kerja kawalan keselamatan atau lain-lain, sebab mereka itu kebanyakannya mempunyai pekerjaan sendiri. Jadi bagaimana? Di satu pihak menyatakan banyak pekerja dan di pihak satu lagi menyatakan tidak ramai yang memerlukan kerja di kalangan Rela.
Akhirnya suka saya merujuk kepada satu artikel dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris 6 Mei 2010. Antaranya menyebut, memang benar orang-orang tempatan kurang minat dengan kerjaya ini. Di akhir tulisan, penulis berkata, industri ini memerlukan masa untuk mengatasi masalah dengan kerjasama kementerian yang bersangkutan supaya syarikat-syarikat yang sedang menjalankan industri ini tidak terganggu operasinya.
MOHD KASSIM OTHMAN PZS
Kuala Lumpur

Gaji minimum bahaya untuk golongan miskin

Baru-baru ini saya bertemu dengan dua pegawai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membincangkan mengenai caruman KWSP petugas di IDEAS. Saya memuji cara kerja para pegawai itu. Mereka sabar dan bersungguh-sungguh cuba membantu saya dengan nasihat-nasihat yang berguna.
Peruntukan undang-undang menetapkan bahawa setiap majikan wajib membayar caruman KWSP sebanyak 12 peratus sebagai tabungan pencen pekerja. Ada beberapa pengecualian, tetapi secara umum, itulah peraturannya. Dua belas peratus sebenarnya merupakan satu jumlah yang besar, terutama bagi organisasi yang baru bermula seperti kami di IDEAS.
Semasa saya berurusan dengan KWSP, terlintas juga dalam fikiran bahawa mungkin ada petugas saya yang terpaksa ditamatkan kontrak kerana kami tidak mampu membayar caruman mereka. Mungkin ada yang mungkin terpaksa diturunkan gaji. Malahan, saya mungkin terpaksa menawarkan gaji yang lebih rendah kepada petugas baru kerana saya tidak mampu membayar caruman KWSP yang tinggi.
Sebagai contoh, katakanlah jika ada petugas IDEAS yang menerima bayaran RM5,000 sebulan. Kos kepada syarikat, jika dicampurkan caruman KWSP, ialah RM5,600. Kos tambahan RM600 itu adalah satu kos yang tinggi, yang sebenarnya boleh saya gunakan untuk membayar gaji pekerja sambilan yang lain.
Tetapi, oleh kerana saya diwajibkan untuk membayar caruman KWSP, maka saya mungkin terpaksa menamatkan kontrak pekerja sambilan itu. Sedangkan pekerja sambilan yang bergaji rendah itu boleh jadi amat bergantung harap dengan bayaran upah dari saya untuk menyara keluarganya.
Dalam kes ini, semata-mata untuk membayar caruman KWSP seorang pekerja kaya berpendapatan tinggi, saya terpaksa memberhentikan seorang pekerja miskin berpendapatan rendah. Saya tiada pilihan lain kerana hasil kerja pekerja profesional itulah yang menjana pendapatan untuk organisasi kami. Untuk mengekalkan dia maka saya mesti membayar jumlah yang dia mahu.
Ironis sekali apabila undang-undang KWSP yang asalnya bertujuan mahu memastikan rakyat Malaysia ada tabungan pencen akhirnya mengakibatkan seorang pekerja miskin dibuang kerja. Dalam bidang sains sosial, inilah yang dikenali sebagai hukum akibat yang tidak dijangka (law of unintended consequences).
Situasi ini menyebabkan saya bimbang apabila Kementerian Sumber Manusia mahu menetapkan kenaikan gaji para pengawal keselamatan dengan kadar yang agak tinggi. Ini merupakan satu bentuk gaji minimum yang ditetapkan oleh undang-undang.
Hakikatnya ini sama dengan caruman KWSP yang kadarnya turut ditetapkan oleh kerajaan melalui undang-undang. Ada kesan negatif yang tidak dijangka yang akan berlaku, walaupun niat asalnya adalah baik. Bagi saya ini juga bertentangan dengan aspirasi Model Ekonomi Baru yang diumumkan oleh Perdana Menteri.
Dalam Bab Enam laporan Model Ekonomi Baru (MEB) yang dikeluarkan oleh Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), dengan terang dinyatakan bahawa MPEN tidak bersetuju dengan cadangan mewujudkan gaji minimum kerana ia boleh mengurangkan peluang pekerjaan di Malaysia.
Pandangan MPEN ini tepat sekali. Maka janganlah pula ada kementerian yang membelakangkan semangat MEB yang seperti yang dinyatakan dalam laporan itu.
Mungkin ada yang mempersoalkan bagaimana gaji minimum boleh mengurang peluang pekerjaan. Pengalaman IDEAS yang saya ceritakan di atas memberi jawapan yang jelas. Jika gaji minimum diwujudkan, maka akan ada golongan yang nanti terpaksa diberhentikan atau tidak diambil bekerja demi membolehkan syarikat menampung kos bayaran gaji atau caruman pekerja lain yang ditetapkan oleh undang-undang.
Biasanya golongan yang akan rugi ialah para pekerja berpendapatan rendah kerana mereka lebih mudah diganti berbanding golongan profesional berpendapatan tinggi. Golongan pengawal keselamatan, tukang sapu sampah, tukang kebun, buruh kasar, jurutol, dan lain- lain harus cemas dengan cadangan gaji minimum. Ini kerana gaji minimum akan menghasilkan kezaliman kepada golongan yang paling memerlukan pertolongan.
Saya sebenarnya mempunyai pengalaman peribadi dalam hal ini. Saya pernah bekerja sebagai pembersih tandas hospital semasa belajar di United Kingdom. Apabila kerajaan Britain memperkenalkan gaji minimum pada tahun 1999, saya dibuang kerja kerana syarikat tidak lagi mampu membayar upah semua pekerja.
Pada tahun 1997, Institute of Economic Affairs, sebuah badan pemikir di London, menerbitkan satu edisi khas jurnal ilmiah untuk membicarakan kesan gaji minimum. Mereka mendapati bahawa gaji minimum mungkin tidak memberi kesan negatif kepada negara sewaktu ekonomi sedang berkembang.
Tetapi, tatkala ekonomi negara menghadapi masalah, gaji minimum akan menyebabkan masalah ekonomi tersebut menjadi lebih teruk kerana ia menyumbang kepada peningkatan kadar pengangguran. Syarikat-syarikat dihalang oleh undang-undang daripada mengambil pekerja baru atau menurunkan gaji walaupun para pekerja itu sendiri sanggup menerima gaji lebih rendah demi mengekalkan pekerjaan mereka. Maka akibatnya proses pembaikan kedudukan ekonomi negara dan pengurangan kadar pengangguran akan menjadi perlahan.
Presiden Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia, Datuk Shaheen Mirza Habib mengatakan bahawa jika langkah ini diteruskan, maka mungkin 300 syarikat keselamatan terpaksa gulung tikar. Ini akan menyebabkan 60,000 orang pengawal keselamatan tempatan hilang pekerjaan. Inilah akibat yang tidak dijangka daripada tindakan memperkenalkan gaji minimum, walaupun niat asal gaji minimum adalah baik.
Saya akui para pengawal keselamatan memang menerima gaji yang rendah. Bapa saudara saya bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat kecil berdekatan Kuala Pilah. Pak Andak saya mengayuh basikal tua setiap hari untuk pergi bekerja demi menyara keluarga. Kehidupan beliau memang susah dan beliau baru kematian isteri bulan lepas. Siapa yang mahu menyara keluarga beliau jika gaji minimum itu menyebabkan dia kehilangan kerja?
Saya akui saya agak emosi dalam hal ini disebabkan memikirkan kesusahan hidup Pak Andak saya dan juga pengalaman peribadi saya sendiri. Tetapi saya bukan bercakap dari segi teori sahaja. Saya pernah menjadi mangsa kezaliman gaji minimum dan saya tidak mahu orang lain ditimpa nasib yang sama.
Saya tidak pasti adakah mereka yang menuntut gaji minimum di Malaysia pernah atau tidak bekerja sebagai buruh kasar, apatah lagi sebagai pembersih tandas, lalu dibuang kerja seperti saya. Atau adakah mereka hanya berkempen daripada keempukan kerusi mahal di pejabat masing-masing sahaja?
Gaji minimum ialah satu dasar yang merbahaya kepada golongan berpendapatan rendah. Demi kebajikan rakyat miskin, saya harap gaji minimum tidak diperkenalkan.
Wan Saiful Wan Jan ialah Ketua EksekutifInstitute for Democracy and Economic Affairs (www.IDEAS.org.my)

Pengawal keselamatan, jurujual dipenjara kerana curi motosikal

MIRI: ‘Harapkan pagar, pa­gar makan padi’ merupakan perumpamaan paling tepat untuk menggambarkan se­orang pengawal keselamatan dan seorang jurujual yang dijatuhi hukuman penjara 16 bulan oleh Mahkamah Ma­jistret pagi semalam kerana kesalahan mencuri sebuah motosikal.
Ketika membacakan kepu­tusannya, Majistret Mohd Safuan Azhar berkata sebagai pengawal keselamatan, ter­tuduh pertama diamanahkan untuk menjaga keselamatan di tempatnya bekerja tetapi sebaliknya tertuduh sendiri yang melakukan kecurian.
Justeru, beliau berharap hukuman penjara 16 bulan yang dikenakan ke atas kedua-dua tertuduh dapat dijadikan pengajaran kepada mereka serta orang awam agar tidak mengulangi atau melakukan kesalahan se­rupa.
Farid Muskillah Abdullah @ Randy Roland, 21, dari Pujut Corner dan Mohd Shahrilnizam Abdul Latib, 21, dari Taman Ceria di sini didakwa mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.
Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman pen­jara tidak kurang daripada setahun dan tidak melebihi tujuh tahun serta denda.
Menurut keterangan kes, pada jam 8.12 petang, 24 Mac lalu, seorang Pembantu Pe­nilaian di Jabatan Penilaian Persekutuan, Husnul Hadi Mohamad membuat laporan polis di Balai Polis Pusat Miri berhubung kehilangan motosikalnya.
Dalam aduannya, pengadu mendakwa sekitar jam 2.54 petang hari sama, beliau mendapati motosikalnya yang diletakkan di tempat letak motosikal di tingkat bawah bangunan pejabatnya di Yu Lan Plaza di sini, hilang dipercayai dicuri.
Berikutan itu, beliau telah meminta bantuan rakannya untuk mengesan pencuri terbabit dan mengesyaki se­orang pengawal keselama­tan di bangunan tersebut terlibat dengan kehilangan motosikalnya itu.
Menurut pengadu, pen­gawal keselamatan terbabit sering dilihat berjalan-jalan di kawasan tempat letak motosikal di tingkat bawah bangunan pejabatnya itu. Tambahan, sebelum ini dia juga pernah kehilangan kunci motosikalnya.
Pada kira-kira jam 8 malam hari sama, pengadu dengan dibantu pegawai dari sya­rikat kawalan keselamatan tempat tertuduh bekerja telah berjaya menangkap tertuduh di stesen minyak Petronas Permyjaya kerana disyaki terlibat dalam kes berkenaan.
Hasil siasatan lanjut po­lis mendapati Farid telah meminta Shahrilnizam da­tang ke tempatnya bekerja dan menyerahkan anak kunci motosikal pengadu yang dijumpainya di atas tempat duduk motosikal tersebut kepada rakannya itu agar melarikan motosikal tersebut dan menyembunyikan di ru­mahnya (Shahrilnizam).
Pada jam 10.45 malam hari sama, polis telah menangkap Shahrilnizam ketika datang ke Balai Polis Pusat Miri un­tuk menyerahkan motosikal yang dicuri mereka itu.
Ketika rayuan, kedua-dua tertuduh memohon huku­man ringan memandangkan ini adalah kesalahan pertama. Tambahan mereka men­curi kerana terdesak men­cari wang untuk menyara kehidupan keluarga.
Pendakwaan dilakukan In­spektor Mohd Khairi Mohd Noor.

Warga asing jadi pengawal

KUALA LUMPUR 10 Ogos – Sekumpulan pengawal keselamatan warga asing dikesan menggunakan MyKad palsu milik rakyat negara ini untuk mendapatkan pekerjaan dan menerima gaji setaraf dengan warga tempatan.
Tindakan mereka bagaimanapun terbongkar selepas Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen menyerbu dua buah kediaman di tingkat tiga sebuah bangunan rumah kedai di Pandan Perdana di sini awal pagi ini.
Dalam serbuan pukul 2 pagi itu, warga asing itu bukan sahaja dikesan menggunakan kemudahan pengenalan diri yang disediakan khusus buat rakyat tempatan, malah mereka mampu memiliki lesen memandu dan surat beranak untuk anak mereka.
Lebih mengejutkan, salah seorang wanita yang ditahan didapati bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah stor syarikat keselamatan yang menyimpan 30 laras senjata api.
Wanita berusia lingkungan 30-an itu yang dikenali sebagai Ana juga memiliki lesen senjata api yang dikeluarkan oleh ketua polis daerah.
Pengarah Bahagian Penguat Kuasa JPN, Wan Zakaria Wan Awang berkata, dalam pemeriksaan itu, pihaknya menahan dua pasang suami isteri dan juga dua lelaki yang memiliki MyKad palsu.
“Dalam pemeriksaan di rumah pertama, seorang lelaki berusia lingkungan 30-an dan isterinya iaitu Ana mendakwa mereka berasal dari Sabah, namun pemeriksaan lanjut mendapati MyKad mereka adalah palsu.
“Dengan menggunakan MyKad palsu itu, mereka mampu memperoleh lesen memandu dan senjata api, membuat surat beranak anak dan memperoleh gaji sebanyak RM1,200 sebulan sebagai pengawal keselamatan,” katanya selepas mengetuai serbuan itu awal pagi ini.
Beliau menambah, dalam pemeriksaan di rumah bersebelahan, pihaknya menahan sepasang lagi suami isteri dan dua lelaki.
Katanya, MyKad yang digunakan suami kepada pasangan itu merupakan milik seorang lelaki dari Kedah dan pengawal keselamatan terbabit juga telah membuat surat beranak anaknya menggunakan MyKad tersebut.
Menurut beliau, selain itu, empat kanak-kanak dan dua lelaki yang tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri turut ditahan.
Katanya, jumlah kesemua yang ditahan ialah 12 orang yang dipercayai merupakan warganegara Indonesia.
Wan Zakaria memberitahu, JPN turut menyarankan pihak berkuasa dan syarikat pengawal keselamatan agar membuat pemeriksaan lanjut mengenai status MyKad pemohon lesen senjata api khususnya yang membabitkan pengawal keselamatan.

Mana tunggakan gaji kami?

JOHOR BAHRU 3 Mei – Beberapa bekas pekerja di sebuah syarikat pengawal keselamatan di Menara Iskandar Investment di Pusat Beli Belah Kotaraya, di sini merayu supaya gaji mereka yang sudah tertunggak sejak lebih sebulan lalu segera dibayar.
Menurut mereka, ramai pekerja dan bekas pekerja mencuba pelbagai cara untuk menuntut bayaran masing-masing sama ada gaji penuh atau separuh tetapi tidak dilayan.
Seorang bekas pekerjanya, Elias Abdullah, 60, berkata, syarikat itu masih belum membayar RM1,050 iaitu gajinya untuk Mac lalu selepas menamatkan perkhidmatan dengan syarikat itu.
Katanya, sehingga kini, pengurus syarikat masih berdolak dalih dan tidak memberikan jawapan meyakinkan untuk menjelaskan tunggakan tersebut.
“Apabila ditanya pengurus itu akan kata esok, esok dan esok. Jawapan itu diberi sejak berhenti 31 Mac lalu walaupun notis berhenti kerja dihantar Februari lalu.
“Masalah ini telah lama berlarutan tetapi tidak ada tindakan dikenakan dan nasib pekerja serta bekas pekerja tidak pernah terbela kerana tiada bekas pekerja yang pernah bersuara.
“Setelah melihat sikap pihak syarikat itu yang liat membayar gaji, saya ambil keputusan buat laporan di Balai Polis Johor Bahru Selatan baru-baru ini,” katanya kepada pemberita ketika mengunjungi pejabat Utusan Malaysia Johor, di sini semalam.
Elias yang merupakan pesara tentera berkata, masalah itu pernah diajukan kepada pihak pengurusan menara tersebut tetapi tiada tindakan malah didiamkan begitu sahaja.
Bagi Jamil Mat Nasir, 49, yang baru sebulan berhenti kerja mendakwa, syarikat tersebut tidak mengikut perjanjian seperti yang ditawarkan sebelum berkhidmat di situ.
Dia yang berhenti kerja 7 April lalu dan masih tidak mendapat gaji menambah, syarikat itu langsung tidak memikirkan keadaan pekerjanya yang rata-rata bukan orang senang.
S.Chandran, 48, pula yang baru berhenti kerja bulan lalu berkata, bekas pekerja bukan mahu menimbulkan masalah tetapi hanya menuntut hak mereka.
“Kami semua ada anak isteri dan inilah sumber pendapatan kami. Tindakan syarikat itu benar-benar menyusahkan kami,” katanya yang berkhidmat selama enam bulan dengan syarikat itu.
Sepanjang berkhidmat dengan syarikat tersebut dakwanya, pihak pengurusannya kerap mencari peluang untuk melakukan pemotongan tidak munasabah terhadap gaji bulanan.

20 roda besi meriam lama dicuri

MELAKA 8 Jun - Sebanyak 20 roda besi pada lima meriam lama di zaman Portugis yang ditempatkan di Bukit Senjuang (Bukit St. John), Banda Hilir dekat sini dicuri oleh pihak tidak bertanggungjawab awal pagi semalam.
Kehilangan tinggalan sejarah itu disedari oleh kontraktor yang hendak memulakan kerja pembersihan di kawasan tersebut kira-kira pukul 7.30 pagi.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Md. Yunos Husin berkata, pekerja itu terkejut apabila mendapati kesemua roda besi pada lima meriam lama itu telah hilang.
Meriam lama tersebut ditempatkan di kawasan tumpuan pelancong di bukit berkenaan sejak tahun 1983 oleh Jabatan Muzium dan Integriti.
"Saya kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab individu terbabit yang sanggup mencuri khazanah lama yang menjadi mercu tanda Bukit Senjuang dan menjadi tumpuan dan tarikan pelancong dari dalam dan luar negara," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di kawasan itu hari ini.
Turut hadir, Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), Khamis Abas dan Pegawai Inspektorat dan Pembangunan Komuniti Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Mohd. Derus Tompang.
Md. Yunos berkata, pihaknya telah memaklumkan mengenai kejadian tersebut kepada Jabatan Warisan Negara supaya satu laporan polis dibuat berhubung kecurian tersebut.
Sehubungan itu, beliau meminta Jabatan Warisan Negara menempatkan sekurang-kurangnya seorang pengawal keselamatan untuk membuat rondaan pada sebelah malam.
"Kawasan Bukit Senjuang ini tidak ada pengawal keselamatan malah lampu juga tidak terdapat di menara yang menempatkan lima meriam di zaman Portugis," ujarnya.

Bekas pengawal keselamatan ingin penjelasan Kris Forst

  • SEORANG bekas pekerja di sebuah syarikat pengawal keselamatan yang juga dikenali sebagai Syarikat Kris Forst mahukan penjelasan yang munasabah mengenai bayaran gaji tertunggak selama empat bulan yang masih belum diterimanya sehingga ke hari ini.
“Saya mula bekerja dengan syarikat berkenaan sebagai pengawal keselamatan bersama dua lagi rakan sekerja pada bulan Januari tahun lepas dan telah dihantar bertugas di SK Bonor, Sook Keningau. Selepas bekerja sehingga bulan Oktober pada tahun yang sama, kami dimaklumkan bahawa kontrak antara bekas majikan dan Kementerian Pendidikan telah dimansuhkan,” ujar pengadu.
“Oleh sebab itu, tanpa sebarang pilihan lain, kami terpaksa berhenti dan mencari kerja lain. Tetapi apa yang membuatkan kami berasa sedih ialah pengerusi syarikat berkenaan memberitahu kami bahawa mereka tidak dapat melunaskan baki wang gaji kami. Dia turut mendakwa yang pihak kementerian enggan mengeluarkan sebarang bayaran yang membuatkan mereka tidak mempunyai wang untuk membayar gaji kami,” tambahnya.
“Bagi saya, biarpun pihak kementerian tidak mahu membuat sebarang bayaran kepada bekas majikan saya itu, masih menjadi tanggungjawab mereka untuk membayar gaji kami. Tetapi dalam situasi ini, kami telah dibiarkan begitu sahaja tanpa apa-apa ganti rugi atau yang sewajarnya.”
Pengadu turut memaklumkan kepada ActionLine yang dia telah membawa masalah tersebut kepada Jabatan Buruh yang terletak di Keningau namun jawapan yang diterimanya lebih mengecewakan.
“Saya benar-benar tidak percaya yang mereka memberitahu saya untuk membiarkan sahaja perkara itu kerana saya bukan satu-satunya mangsa kejadian seperti ini. Pegawai berkenaan juga memberitahu yang banyak lagi pengawal keselamatan di daerah ini yang mengalami nasib yang sama.”
“Kenyataan itu langsung tidak membantu. Bagaimana mereka boleh berkata sedemikian? Apa yang pasti kami bukan bekerja secara sukarela tetapi bagi mendapatkan wang untuk menyara kehidupan,” jelasya lagi.
Justeru, Jabatan tersebut sepatutnya membantu saya untuk mempertahankan hak saya yang telah dicabul oleh syarikat itu tetapi nampaknya mereka tidak kisah dengan masalah saya dan ia turut menandakan yang mereka seolah-olah bersetuju dengan tindakan bekas majikan saya tidak mahu membayar walau sesen pun wang gaji kami selepas tuntutan mereka tidak diluluskan oleh pihak kementerian.”
Syarikat Kris Forst berpusat di Kota Kinabalu, menurut pengadu terdapat lebih dari 10 buah sekolah di sekitar daerah Keningau yang terletak di bawah jagaan mereka.
“Saya terasa seperti berada di jalan mati kerana saya sudah tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Jabatan Buruh secara terang-terangan menolak aduan saya dan syarikat itu juga langsung tidak sudi untuk memberi kerjasama.”

Rujukan : http://ns1.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/49454

Pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah tuduhan curi barang majikan

MIRI: Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret pagi semalam terhadap tuduhan cuba mencuri barang milik majikannya.
Hirajuna Tahed, 26, dari Kampung Masjid, Kuala Ba-ram di sini didakwa mengikut Seksyen 381/511 Kanun Ke-seksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Naim Cendera Holding Bhd Permyjaya, didapati cuba mencuri satu unit besi ‘Fly Wheel Housing’ milik majikannya.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu dengan niat bersama seorang lagi yang masih bebas pada jam 3.30 pagi, 31 Mei lalu di bengkel Naim Cendera Holding, Permy Technology, Tudan di sini.
Terdahulu, pegawai pendakwa Inspektor Mizlan Abdul Ghani memohon ditetapkan satu tarikh baru untuk perbicaraan kes berkenaan memandangkan tertuduh telah mengaku tidak bersalah serta minta dibicara lanjut.
Majistret Nasrul Hadi Abdul Ghani membenarkan permohonan itu dan me-netapkan 15 Jun ini untuk sebutan lanjut kes dan 12 Julai depan untuk perbica-raan lanjut.
Manakala tertuduh dibenarkan dibebas dengan ikat jamin tunai RM1,000 berserta seorang penjamin tempatan sementara menunggu tarikh tersebut.